Tuesday, May 22, 2012

Apakah kegilaan ini?


Nota: Ini dialog antara dua orang yang otaknya tak berapa betul. 


A:  Awak, awak nak tau something tak? 

B:  Apa dia?

A:  Saya ada orang baru dalam hidup saya.

B:  Hah??? Siapa, siapa?

A:  Rahsiaa!!! (sambil berlari jauh dan blushing2)

B:  Bleghhhh... si gila.


**Seminit kemudian**

A:  Awak, awak. Nak tau rahsia kita tak?

B:  Ha, apa, apa??

A:  Saya dah jatuh cinta.

B:  Ha?? Dengan siapa??

A:  Ade laa, mane leh bagitau... :D

B:  Ceh.


**50 saat kemudian**

A:  Awak, awak. Saya rasa saya kena bagitau jugak la perkara sebenar.

B:  Hm. Apenye. (buat-buat tak excited)

A:  Kita sebenarnya dah jatuh cinta dengan....

B:  .... (menanti dengan penuh sabar)

A:  Dengan... dengan... dengan....

B:  .... (masih menanti dengan penuh sabar)

A:  Awak nak tau tak ni?? Macam tak berminat je... :'(

B, C, D, E (tiba-tiba ramai orang menyibuk):  NAK LA. CEPAT LA BAGITAU GILEEE 

A:  Hee... ok, ok. Ni diaa!!



Taddaaaa!!!
songsanddramafreak.blogspot.com

Nama:  Lee Min Ho
Umur: 25 tahun
Kekuatan: Muka jambu. Hensem. Tinggi. Stylo. 


*****
Ish, ish, ish... ape kes? Setahu aku, aku bukanlah seorang peminat tegar mana-mana artis. Aku pun dah lama tak ada celebrity crush. But then, lepas tengok citer yang bertajuk Personal Taste baru-baru ni, aku terus sangkut plak dengan mamat ni. Bila google cari nama penuh dengan gambar, ambik kau. Menggeletis terus. To be frank, dah lama woh gua tak melalui perasaan sebegini. Macam bebudak sekolah pulak. Giggling bila jumpa mamat hensem. Seingat aku, artis terakhir yang aku minat ialah Jude Law. That was like two years back la.


fanpop.com

Hai Jude. Awak dah semakin meningkat remaja I mean, matang sekarang ni.


TAPI sekarang ni dah crush dengan mamat korea plakkk. Semua thanks to kawan-kawan yang mempengaruhi kehidupan sehari-harian aku. Mana taknya, kalau lepak, xde topik lain nak bincang. Semua pasal koreaaaa je manjang. Korea, korea, korea. 

Mula-mula memang aku tak amik port pun sebab well, you know. Banyak lagi perkara yang boleh buat selain menonton citer korea ataupun mendengar muzik korea ataupun melibatkan diri dengan apa-apa yang berunsurkan korea. Selama ni aku mampu mempertahankan dinding batu konkrit dan segala macam pendinding supaya dapat melindungi diri daripada pengaruh korea ni. Sesungguhnya aku tak nak jadi sebahagian daripada merekaaaaaa

Tapi kali ni aku tewas. Aku tewas bhai! 
(sambil menangis tersedu-sedu)

Tsk. Terlebih emosi plak kan. Ok lah. Sebagai penutup, mari kita mencuci mata dengan gambar LMH yang lain   


 hiddengarments.cn
With smile like this, I can easily make girls die go crazy. 


 htlu.blogspot.com
With or without smilE, I can be macho all the time.


asiaenglish.visitkorea.or.kr
Even from the side view, I look awesome.


korean-drama-guide.com

Inila citer Personal Taste yang mengakibatkan aku start angau dengan LMH. Semua salah citer ni.



Ok geng. Thanks for catching up with me. Till then! :)





Friday, December 30, 2011

Tips: bagaimana nak segarkan mata ye?

Mata selalu tak bermaya? Selalu mengantuk? Keletihan dan kurang energi? Selalu tension? Rasa nak marah? Yes! Ini tips yang paling senang kat dunia yang boleh menjawab kesemua permasalahan kau dan ianya juga applicable kat perempuan mahupun lelaki. Bahan-bahan dia pun senang gilew nak dapat. Macam, last-last bacaan pembaca mesti cakap "ala ni je ke tips nyer...senang giler. Kenapa aku tak terpikir dari tahun lepas lagi", ha lebih kurang camtu la monolog kau.

As mentioned kat title entri ni, tips ni berkenaan bagaimana nak segarkan mata jadi ala-ala Maya Karin dalam iklan InnerShine Prune Plus gitew kan. Haha. Senang bai. Yang pompuan tak payah susah-susah cari InnerShine kat Watson atau Guardian atau mana-mana farmasi berhampiran, yang lelaki tak payah kena nampak pompuan seksi berjalan kat depan baru boleh segarkan mata. See, kaedah yang bakal aku tunjuk ni menjimatkan masa, wang, tenaga, mahupun dosa.

Okay tak mau citer lebey, so, bahan-bahan untuk tips ni ialah:

     1. Dua biji sudu teh logam yang besar.
     2. Air sejuk yang mengalir dari paip atau air tadahan yang sejuk.


Langkah Pertama
Pergi dapur. Ambik dua biji sudu teh logam yang besar (make sure bersih). Dan buat gaya vogue seperti di bawah.

...............................................................................................
:D

Langkah Kedua
Hahaha! Sesudah itu, pergi ke paip dan buka air. Make sure air tu sejuk tau! Tak pun kalau kau rajin tadah air, lama-lama air tu mesti sejuk sendiri kan. So, celup je sudu tu dalam air tadahan tu dalam beberapa minit, let say 2 minit.


Air ni gila sejuk aw...sebab aku buat ni masa tengah-tengah malam.


Langkah Ketiga
Pergi katil, baring, atau buat gaya bebas (terpulang kepada kreativiti masing-masing) sambil sudu (bahagian yang mengembung) diletakkan kat kelopak mata untuk 30-60 saat atau sesuka hati sampai boring. Untuk kesan yang lebih extravaganza, buat kat kedua-dua belah kelopak mata. Aku tak boleh, sebab tangan lagi sebelah nak tangkap gambar.

  Ahhhhhhh~~ Nampak tak muka layan stim aku macam mana?


Boleh buat macam-macam gaya ya. Guys, be creative sikit ok? :P


Finished!
Result: Rasa bersemangat dan segar giler dooooohhhh....seriously.


Kenapa cara ni boleh berkesan ek? Sebab sudu logam yang sejuk tu dapat melegakan mata yang letih dan meningkatkan tahap energi dalam masa yang sama. Korang cubalah, ni method yang aku guna since budak-budak lagi. Memang sampai sekarang aku masih mempraktikkannya di rumah :) Dengan menggunakan kaedah yang senang gila nak mati ni, kesannya lebih kurang sama je kalau kau minum InnerShine atau pakai Garnier Roll On. 


 
Hai Maya Karin. Best la lakonan awak dalam Ombak Rindu.


Mahal la benda ni.


*****
Okkaaayyy...With the upcoming new year, saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada blog Badabing-Badabang-Badaboom saya! Dah setahun rupanya ya! Banyak benda nak kena ubah dalam blog ni. Mungkin lebih colourful? Mungkin lebih dramatik? Hmm...kita tunggu dan lihat seperti biasa :D

Ok guys, thank you sOooooo much for your time spent reading this blog dan Happy New Year 2012!! Take care and have a nice day ahead :))



Friday, December 23, 2011

Dear bloggie

Dear bloggie,
Aku rindu kat kau,
Sorry la kau asek miss call tapi aku buat bodo je,
Kerana aku sangat sangat sangat sebok
Kadang-kadang aku menyesal sebab mengabaikan kau
Sampaikan aku rasa "baik tak payah buat blog dowh kau jarang update"
"Habis tu takkan nak delete?"
"Nanti cuti sem aku takde menda nak buat kat rumah."
Apakah bermonolog di dalam puisi? (=_=")
Kalau kau boleh panggil ni puisi la.

Dear bloggie, 
  Maaflah hanya ini sahaja yang mampu aku cakap
Kerana aku sangat terkejar-kejar
Time is running out, you know.
So, hope to see you soon.
Very soon, I guess.
Mungkin.


bye.



Wednesday, December 7, 2011

He's my role model for sure!

Ok la, fair enough. Aku pergi event leadership ni pun kerana terpaksa (atas sebab-sebab tertentu) but man, I never dreamt to actually meet him! He's Ahmad Izham Omar, the legendary dude yang tanpa beliau, there is no 8TV, Hot FM, Fly FM, Malaysian Idol, and such. Media Prima pun akan rapuh tanpa beliauHe somehow inspired many people to work hard and achieve what you're dreaming of. Tabik hormat kat Ahmad Izham Omar, the Chief Operating Officer Television Networks of Media Prima!! :))


 ^ this is taken from ryan.



hee ;)


Thursday, November 24, 2011

Rarely find a song that makes you happy and sad at the same time



Dari dulu lagi aku suka kat mamat pakai cermin mata yang main gitar dalam video ni. 




Tuesday, November 15, 2011

3 perkara yang tidak patut dilakukan ketika berada di alam universiti

Well, peeps, tuan-tuan dan puan-puan, ladies and gentlemen and (also) kakak-kakak sekalian. Aku dah hampir 6 tahun bergelar student universiti (6 tahun bagi aku memang lama gila, aku patut da boleh jadi doktor gigi sekarang), dan aku boleh cakap yang aku dah masak sangat dengan asam garam kehidupan sebagai seorang student. So believe me, these rules are applicable to every students out there. Makanya, jikalau kau memang siriyes nak jadi student yang berwibawa dan berwawasan, haruslah elakkan tiga perkara ini daripada berlaku, iaitu:-

1.  Terlalu kerap ponteng kuliah.

2. Buat onar dengan lecturer/warden asrama.

3. Meniru ketika final exam.


Kalau kau jaga semua rules ni daripada berlaku ke atas diri kau, InsyaAllah kejayaan mutlak adalah milik kau. Semoga berjaya :)

Thursday, November 10, 2011

Taylor Swift

Motif namakan tajuk Taylor Swift?? Haha. Takde idea. Just nak share video pasal Taylor performing live kat mane tah ni. Oh, I love her so much. In fact, mana-mana artis yang hasilkan sendiri lagu dan tulis sendiri lirik yang bermakna, they had my fullest attention. That's because these artists berusaha sendiri untuk naik sebelum jadi femes, bukan macam segelintir artis yang jadi femes secara tiba-tiba. Macam kau menumpang atas nama orang lain untuk jadi femes, lepas tu lupa diri. Take Kim Kardashian dan keluarganya for instance. Oopss. Hahah! Anyway, aku juga suka artis yang pandai main instruments macam gitar, piano, violin, whatsoever. Itu baru artis! (To me laaa).




Alrite, peeps. Not so much of an update lately, sebab busy dengan benda lain. But I'll keep posting here, Insya Allah. Take care and have a nice day! :) 




Sunday, October 30, 2011

Salam sayang dari gua


HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA!!!! 
kbai.