Friday, December 30, 2011

Tips: bagaimana nak segarkan mata ye?

Mata selalu tak bermaya? Selalu mengantuk? Keletihan dan kurang energi? Selalu tension? Rasa nak marah? Yes! Ini tips yang paling senang kat dunia yang boleh menjawab kesemua permasalahan kau dan ianya juga applicable kat perempuan mahupun lelaki. Bahan-bahan dia pun senang gilew nak dapat. Macam, last-last bacaan pembaca mesti cakap "ala ni je ke tips nyer...senang giler. Kenapa aku tak terpikir dari tahun lepas lagi", ha lebih kurang camtu la monolog kau.

As mentioned kat title entri ni, tips ni berkenaan bagaimana nak segarkan mata jadi ala-ala Maya Karin dalam iklan InnerShine Prune Plus gitew kan. Haha. Senang bai. Yang pompuan tak payah susah-susah cari InnerShine kat Watson atau Guardian atau mana-mana farmasi berhampiran, yang lelaki tak payah kena nampak pompuan seksi berjalan kat depan baru boleh segarkan mata. See, kaedah yang bakal aku tunjuk ni menjimatkan masa, wang, tenaga, mahupun dosa.

Okay tak mau citer lebey, so, bahan-bahan untuk tips ni ialah:

     1. Dua biji sudu teh logam yang besar.
     2. Air sejuk yang mengalir dari paip atau air tadahan yang sejuk.


Langkah Pertama
Pergi dapur. Ambik dua biji sudu teh logam yang besar (make sure bersih). Dan buat gaya vogue seperti di bawah.

...............................................................................................
:D

Langkah Kedua
Hahaha! Sesudah itu, pergi ke paip dan buka air. Make sure air tu sejuk tau! Tak pun kalau kau rajin tadah air, lama-lama air tu mesti sejuk sendiri kan. So, celup je sudu tu dalam air tadahan tu dalam beberapa minit, let say 2 minit.


Air ni gila sejuk aw...sebab aku buat ni masa tengah-tengah malam.


Langkah Ketiga
Pergi katil, baring, atau buat gaya bebas (terpulang kepada kreativiti masing-masing) sambil sudu (bahagian yang mengembung) diletakkan kat kelopak mata untuk 30-60 saat atau sesuka hati sampai boring. Untuk kesan yang lebih extravaganza, buat kat kedua-dua belah kelopak mata. Aku tak boleh, sebab tangan lagi sebelah nak tangkap gambar.

  Ahhhhhhh~~ Nampak tak muka layan stim aku macam mana?


Boleh buat macam-macam gaya ya. Guys, be creative sikit ok? :P


Finished!
Result: Rasa bersemangat dan segar giler dooooohhhh....seriously.


Kenapa cara ni boleh berkesan ek? Sebab sudu logam yang sejuk tu dapat melegakan mata yang letih dan meningkatkan tahap energi dalam masa yang sama. Korang cubalah, ni method yang aku guna since budak-budak lagi. Memang sampai sekarang aku masih mempraktikkannya di rumah :) Dengan menggunakan kaedah yang senang gila nak mati ni, kesannya lebih kurang sama je kalau kau minum InnerShine atau pakai Garnier Roll On. 


 
Hai Maya Karin. Best la lakonan awak dalam Ombak Rindu.


Mahal la benda ni.


*****
Okkaaayyy...With the upcoming new year, saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada blog Badabing-Badabang-Badaboom saya! Dah setahun rupanya ya! Banyak benda nak kena ubah dalam blog ni. Mungkin lebih colourful? Mungkin lebih dramatik? Hmm...kita tunggu dan lihat seperti biasa :D

Ok guys, thank you sOooooo much for your time spent reading this blog dan Happy New Year 2012!! Take care and have a nice day ahead :))



2 Badabing! Comments:

CikMai said...

wah idea...tak terpikir..bagus3..nty leh try..

Farah Taib said...

you should try! :)